Nak kekal kompetitif, kena fikir harga.
Bila pelanggan mudah membandingkan produk, anda terasa perlu menawarkan lebih banyak diskaun.
Setiap jualan ada nilainya. Tetapi selepas ditolak kos produk, caj platform, promosi dan iklan, berapa banyak yang benar-benar tinggal?
Kami bantu anda bina website yang meyakinkan, memudahkan pembelian dan menyimpan database pelanggan.
Daripada copywriting, susunan pakej dan payment gateway hingga CRM serta pengurusan Facebook & Instagram Ads.
Website sahaja atau website + Meta Ads.
Kami cadangkan berdasarkan keadaan bisnes anda.
Anda sibuk urus stok, packing, customer dan promosi.
Sales nampak bergerak. Tetapi bila semak duit yang tinggal, hasilnya tak semestinya setimpal dengan usaha.
Bila pelanggan mudah membandingkan produk, anda terasa perlu menawarkan lebih banyak diskaun.
Iklan, voucher, affiliate dan promosi perlu dinilai bersama caj yang dikenakan pada jualan.
Pembeli mungkin ingat platform tempat mereka membeli, tetapi belum tentu ingat jenama anda.
Kalau keadaan ini berterusan, anda boleh terperangkap dalam satu kitaran:
Bisnes anda perlukan ruang untuk membina hubungan dengan pelanggan dan mengembangkan jualan dengan lebih kawalan.
Bina Satu Lagi Saluran Untuk Menguatkan Bisnes Anda
Marketplace membantu pelanggan menemui produk, membaca review dan membuat pembelian dalam platform yang mereka kenal.
Teruskan gunakan kelebihan itu.
Pada masa yang sama, website sendiri membolehkan anda menerima jualan melalui saluran lain seperti Facebook & Instagram Ads, carian Google, media sosial dan pelanggan yang memilih untuk menerima perkembangan daripada jenama anda.
Untuk order yang dibuat melalui website sendiri, caj jualan marketplace tidak dikenakan. Namun, kos payment gateway, website, pemasaran dan operasi tetap perlu dikira.
Matlamatnya ialah membina gabungan saluran yang lebih sihat untuk margin dan pertumbuhan bisnes anda.
Sebab Itu Website dan Database Pelanggan Penting
Selepas seseorang membeli, anda sepatutnya boleh memahami:
Dengan website dan CRM yang disusun dengan betul, maklumat ini boleh membantu anda membina hubungan yang lebih relevan.
Hubungi pelanggan yang memilih untuk menerima kemas kini apabila produk kembali tersedia.
Sediakan peringatan atau cadangan apabila sesuai dengan jenis produk.
Tawarkan sesuatu yang berkaitan dengan pembelian mereka sebelum ini.
Fahami siapa yang terus membeli dan apa yang membuatkan mereka kembali.
Database yang berguna perlu tersusun, selamat dan digunakan mengikut persetujuan pelanggan.
Anda sedang membina hubungan yang boleh menyokong jualan untuk jangka panjang.
Terangkan masalah pelanggan, kegunaan produk, kelebihan, cara penggunaan dan jawapan kepada keraguan mereka dalam satu perjalanan yang jelas.
Susun bundle, pilihan kuantiti dan tawaran mengikut strategi bisnes anda.
Anda boleh membantu pelanggan memilih pakej yang sesuai sambil menguji peluang meningkatkan nilai setiap order.
Gunakan reka bentuk, bahasa dan pengalaman membeli yang konsisten dengan jenama anda.
Pelanggan boleh melihat pilihan, mengisi maklumat dan membuat pembayaran tanpa perlu bertanya setiap langkah kepada admin.
Ukur dari mana pelawat datang, halaman yang dilihat dan bahagian yang menyebabkan mereka berhenti sebelum membeli.
Gabungkan rekod pembelian dengan CRM untuk mengurus komunikasi dan kempen pembelian semula yang relevan.
| Perkara | Marketplace | Website sendiri |
|---|---|---|
| Mendapatkan pelawat | Marketplace Ada ekosistem pengguna dan carian platform; persaingan tetap berlaku. | Website sendiri Anda perlu membina trafik melalui iklan, content, carian atau pelanggan berulang. |
| Kos jualan | Marketplace Yuran mengikut platform, kategori dan program yang disertai. | Website sendiri Kos payment gateway, website, pemasaran dan operasi. |
| Susunan halaman | Marketplace Mengikut format dan fungsi platform. | Website sendiri Lebih fleksibel untuk penerangan, testimoni, FAQ dan pakej. |
| Jenama | Marketplace Produk dipaparkan dalam pengalaman platform. | Website sendiri Pengalaman membeli boleh disusun mengikut jenama anda. |
| Database dan follow-up | Marketplace Akses serta penggunaan tertakluk pada fungsi dan polisi platform. | Website sendiri Rekod pelanggan boleh diurus melalui sistem sendiri, dengan persetujuan dan perlindungan data. |
| Kepercayaan pembeli | Marketplace Dibantu oleh review dan perlindungan pembelian platform. | Website sendiri Perlu dibina melalui bukti, maklumat bisnes, polisi dan pengalaman pembayaran. |
| Kawalan | Marketplace Tertakluk pada perubahan polisi dan fungsi platform. | Website sendiri Lebih kawalan, bersama tanggungjawab maintenance dan keselamatan. |
Gunakan marketplace untuk peluang jualan yang sesuai. Bangunkan website untuk memperkukuh jenama, menerima pembelian terus dan membina hubungan pelanggan.
Kami bantu anda menilai bagaimana website boleh menyokong bisnes anda berdasarkan margin, produk dan kos mendapatkan pembeli.
Daripada Copywriting Sampai Pembayaran dan Follow-Up
Kami susun mesej dan halaman supaya pelanggan mudah memahami:
Apa yang anda jual → kenapa ia relevan → kenapa perlu percaya → pakej mana sesuai → bagaimana nak order
Skop boleh merangkumi:
Kami bantu menyediakan dan mengurus kempen untuk:
Membawa pelanggan yang berpotensi membeli ke website anda.
Mendapatkan pertanyaan daripada bakal pelanggan untuk bisnes yang memerlukan konsultasi, quotation atau closing.
Kerja merangkumi strategi kempen, copy iklan, arahan creative, testing, pemantauan dan laporan tindakan seterusnya.
Anda boleh ambil website sahaja atau gabungkan dengan pengurusan Meta Ads
NAK TAHU SERVIS YANG SESUAI UNTUK BISNES SAYAIni Flow Asas Yang Kami Gunakan
Beri sebab untuk pelanggan terus membaca
Headline menunjukkan apa yang ditawarkan dan kenapa ia relevan kepada mereka.
Tunjukkan bahawa anda memahami masalah mereka
Kami jelaskan kesukaran, keperluan atau situasi yang membuatkan pelanggan mencari penyelesaian.
Perkenalkan produk dan sebab untuk memilihnya
Terangkan bagaimana tawaran anda membantu serta kelebihan yang boleh dibuktikan.
Bina keyakinan dengan bukti sebenar
Gunakan testimoni, review, demonstrasi, pengalaman atau hasil yang relevan.
Bantu pelanggan menilai apa yang mereka dapat
Susun pilihan pakej, manfaat, harga dan maklumat penting dengan jelas.
Mudahkan tindakan seterusnya
Letakkan arahan order yang jelas. Jika ada tarikh promosi atau stok terhad, gunakan maklumat yang benar.
Flow ini disesuaikan dengan produk dan pelanggan anda. Kami menilai apa yang membantu mereka membuat keputusan.
Pengalaman saya merangkumi pengurusan Meta Ads, website e-commerce, sales page, tracking dan komunikasi pelanggan.
Saya pernah mengendalikan Meta Ads untuk syarikat produk kesihatan dengan bajet melebihi RM30,000 sebulan.
Pengalaman itu memberi saya pendedahan kepada perkara yang saling mempengaruhi jualan:
Iklan, creative, offer, website, checkout dan follow-up pelanggan.
Pendekatan saya bermula dengan memahami keadaan bisnes anda, mengenal pasti keutamaan dan menyediakan kerja yang boleh dinilai melalui data.
Setiap portfolio diterangkan bersama konteks:
Kami semak produk, pelanggan, cara jualan sekarang, margin, bahan pemasaran dan objektif utama.
Kenal pasti apa yang perlu dibuat dahulu sama ada website baharu, flow website, tracking atau kempen iklan.
Anda menerima cadangan skop, kos dan perkara yang diperlukan daripada pihak anda.
Kami menyediakan copywriting, struktur halaman dan reka bentuk untuk semakan.
Selepas dipersetujui, setup produk, pembayaran dan integrasi yang termasuk dalam skop diteruskan.
Semak paparan telefon, link, borang, checkout, pembayaran dan rekod order mengikut setup yang dipersetujui.
Website dilancarkan. Jika anda mengambil servis Meta Ads, kempen dimulakan dengan pelan testing.
Kami semak prestasi untuk menentukan apa yang perlu diperbaiki seterusnya.
Untuk pelanggan website sahaja, handover dan panduan penggunaan diberikan mengikut skop. Pengoptimuman berterusan tersedia melalui servis yang dipersetujui.
Website boleh menjadi saluran tambahan untuk jualan terus, penerangan produk dan hubungan pelanggan. Kesesuaiannya bergantung pada produk, margin dan kemampuan anda membawa pelawat ke website.
Tidak semestinya. Website boleh mengurangkan pergantungan pada caj marketplace bagi order yang dibuat terus, tetapi anda masih mempunyai kos lain. Kami akan melihat potensi berdasarkan margin, kos pemasaran dan peluang repeat order.
Website perlu dipromosikan. Pelawat boleh datang melalui Meta Ads, media sosial, carian Google atau komunikasi kepada pelanggan yang telah bersetuju menerima kemas kini.
Boleh. Kami juga menyediakan pilihan website bersama pengurusan Facebook & Instagram Ads.
Boleh. Kami akan semak website, offer dan tracking terlebih dahulu untuk mengenal pasti perkara yang boleh menjejaskan kempen.
CRM membantu menyusun maklumat pelanggan, sejarah pembelian dan komunikasi. Fungsi yang sesuai bergantung pada keperluan bisnes serta integrasi yang dipilih.
Boleh. Untuk bisnes yang memerlukan quotation atau konsultasi, kempen boleh difokuskan pada pertanyaan. Prestasi perlu dinilai sehingga leads yang sesuai dan jualan, bersama rekod follow-up daripada pihak anda.
Bajet iklan dan caj servis dinyatakan secara berasingan. Kos domain, hosting, payment gateway dan sistem tambahan juga diperincikan dalam quotation.
Gambar dan video disediakan oleh pihak anda. Kami tidak menyediakan servis penghasilan kreatif iklan, tetapi kami memberi panduan tentang angle, mesej dan bahan yang sesuai untuk diuji dalam kempen.
Ia bergantung pada jumlah produk, halaman, integrasi dan kesediaan bahan. Anggaran kos serta tempoh diberikan selepas keperluan dikenal pasti.
Pemilikan, akses pentadbir dan handover dinyatakan sebelum kerja bermula. Domain serta akaun utama disediakan atas nama bisnes anda.
Kami tidak menjamin angka sales atau ROAS. Hasil bergantung pada permintaan, produk, harga, creative, bajet dan operasi. Kami menyediakan pelaksanaan, testing dan laporan untuk membantu keputusan seterusnya.